Dong Zong Rasis!


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan biadap Dong Zong yang terus mendesak pihak kerajaan untuk membatalkan pelaksanaan pengenalan kaligrafi khat di sekolah vernakular tahun depan. Dong Zong meniup sentimen Islamisasi untuk menakutkan masyarakat bukan Islam dan meraih keuntungan politik sempit. DPPM bersetuju dengan kenyataan YAB Perdana Menteri semalam yang melabel Dong Zong sebagai pertubuhan yang rasis.

DPPM ingin menegaskan bahawa sikap rasisme dan ekstremisme politik tiada tempat di Malaysia. Sekiranya Dong Zong terus memainkan sentimen Islamisasi hanya kerana tiga muka surat tulisan khat dan jawi ini, maka DPPM akan mengerah seluruh pemuda PAS untuk membantah secara besar-besaran tindakan biadap Dong Zong. DPPM mahu Kementerian Pendidikan tidak berkompromi kali kedua dengan desakan Dong Zong dan DAP setelah keputusan kerajaan meneruskan pelaksanaan dengan pengubahsuaian telah dibuat minggu lalu.

Sekiranya DAP masih berdegil untuk mendukung agenda Dong Zong, maka DAP mesti meletakkan semua jawatan dalam kabinet. Sebuah kerajaan tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya terdapat pihak-pihak yang bersengkongkol dengan pihak luar untuk menekan keputusan kerajaan. Rakyat Malaysia tidak boleh menerima agenda ‘deep state’ yang cuba mencetuskan ketidakstabilan politik di Malaysia.

Sekian.

Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin ialah Ketua Pemuda PAS

#pemudapas
#DemiIslam
#dongzong
#IslamMemimpinPerpaduan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2939768879373628&id=479387615411779
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget