NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dong Zong Jangan Biadap


oleh: Mohd Nasir Abdul Razak
13 Ogos 2019

Polemik tulisan jawi yang dicetuskan oleh DAP dan Dong Zong boleh menggugat keharmonian kaum dan menghakis warisan negara bangsa.

Sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghormati sejarah warisan negara seharusnya tidak lagi ada dalam diri warganegara Malaysia. Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu mengikut rapat perkembangan yang berlaku berkaitan dengan polemik tulisan jawi ini.

Hal ini kerana tulisan jawi sangat dekat dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi kami rakyat Terengganu yang dibuktikan melalui penemuan batu bersurat yang bertarikh 1303 M.

Oleh kerana itu, sebarang polemik dan isu berkaitan dengan tulisan jawi merupakan suatu perkara yang serius bagi kami rakyat di Terengganu.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan kebiadapan Dong Zong dan kami menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertegas dengan keputusan asal berkaitan isu ini.

Polemik tulisan jawi ini harus dimuktamadkan dengan segera agar tumpuan Kerajaan dan rakyat boleh diberikan kepada isu isu yang melibatkan kos sara hidup rakyat dan pembangunan ekonomi negara.

#DemiIslam
#PemudaMaraPertahan
#awokkitebolehharap

Mohd Nasir Abdul Razak ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo