DAP Disaran letak jawatan kabinet


oleh: TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
4 Zulhijjah 1440 | 5 Ogos 2019

Saya sarankan semua wakil DAP dalam kabinet meletakkan jawatan susulan dua isu yang disuarakan bercanggah dengan pendirian kerajaan mutakhir ini. Pertama ialah isu ekstradisi Dr Zakir Naik dan kedua ialah isu pelaksanaan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat. DAP hanya mementingkan kepentingan partinya dan tidak mahu mengangkat semangat tanggungjawab kolektif dalam kabinet.

Isu ekstradisi Dr Zakir Naik telah dijelas dan dijawab dengan baik oleh Kementerian Dalam Negeri. Namun, ia tetap ditekan oleh DAP. Begitu juga dengan isu pelaksanaan tulisan khat. Walaupun telah dimuktamadkan oleh YAB Perdana Menteri, namun masih wujud penentangan keras dari DAP. Hal ini jelas menunjukkan ketidak serasian dalam kalangan komponen PH terhadap dasar-dasar kerajaan.

YAB Perdana Menteri tidak boleh membiarkan kemelut ini berpanjangan kerana ia akan mengganggu perjalanan pentadbiran kerajaan. Saya juga telah menegaskan sebelum ini bahawa banyak agenda kerajaan akan disabotaj oleh komponen PH sendiri kerana tiada tanggungjawab kolektif dalam kalangan mereka. Perkara ini akan mempengaruhi sentimen dan keyakinan pihak luar terhadap negara.

Maka, saya sarankan agar mana-mana anggota kabinet yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan perlu mengundurkan diri agar tidak menjadi duri dalam kabinet. Negara perlukan kabinet yang lebih kuat, bersatu hati dan lebih kukuh untuk melonjakkan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget