Wanita Muda Disaran Beriadah


Oleh: Hidayah Azlin

SETIU, 22 Julai- Islam tidak menghalang kaum wanita beriadah malah menggalakkan mereka bersukan agar sentiasa sihat dan cergas selagi tidak melanggar 'pantang larang' yang disyariatkan Allah S.W.T.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bersukan merupakan sebahagian daripada keperluan jasmani kerana tubuh manusia memerlukan pergerakan malah Islam merupakan agama yang meraikan fitrah manusia.

"Biarlah tubuh ini ada kekuatan kerana kita memikul amanah yang sangat besar. Kalau berjalan pun lesu, duduk payah nak bangun, bersandar sikit pun terlelap, ini bukan sifat pejuang Islam.

"Ajarilah anak-anak kamu berenang, memanah dan naik kuda supaya mereka dapat pelajari ilmu asas yang menjadi keperluan dalam kehidupan. Ini adalah sukan yang melambangkan ketangkasan dan kekuatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Tampar anjuran Beliawanis Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi dengan kerjasama Ameerah Jabi di Sekolah Kebangsaan Apal, baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Khas Adun Jabi, Sudin Awang, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Apal Hilir, Mat Zin Daud dan Pembantu Hal Ehwal Wanita, Fatimah Jusoh.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut merakamkan penghargaan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Apal kerana meletakkan sekolah tersebut begitu dekat dengan masyarakat.

"Apabila hubungan dengan masyarakat murni, apa sahaja institusi kerajaan yang ada dalam kampung itu akan baik kerana mereka tidak merasakan ianya entiti asing.

" Ada beberapa sekolah di Jabi yang perlu dibaiki hubungannya dengan masyarakat supaya kita ini saling bantu-membantu kerana dalam kehidupan kita ini saling memerlukan. Mudah-mudahan kerjasama yang dipupuk ini, boleh berterusan untuk kebaikan bersama.

" Tahniah juga diucapkan kepada beliawanis Dun Jabi di atas penganjuran sukan ini. Banyak lagi sukan-sukan yang boleh dianjurkan seperti badminton, ping-pong yang dikira sesuai untuk bermain," ujarnya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/07/wanita-muda-disaran-beriadah.html
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget