KOTA BHARU: Kelantan berusaha untuk muncul sebagai Pusat Kecemerlangan Islam dengan memanfaatkan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha dilakukan dengan meningkat taraf sosio dan ekonomi selaras dasar 'Membangun Bersama Islam.
Katanya, banyak program berkaitan diadakan ke arah membantu kerajaan negeri menjayakan pelan halatuju ICT.
“Oleh itu rakyat terutamanya golongan belia perlu bersedia menerima perubahan dalam industri teknologi terkini.
“Terbaru melibatkan teknologi peranti berkonsep internet saling kaitan (IOT) dan Revolusi Perindustrian 4.0. Perubahan teknologi berubah mengikut peredaran masa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Karnival Sains dan Teknologi Kelantan 3.0 di Dataran Warisan di sini semalam.
Program itu diadakan sempena Ekspo Digital Antarabangsa Kelantan serta Penyampaian Hadiah Program Pembangunan ICT 2019.
Karnival empat hari sehingga Ahad ini menyediakan 52 'booth' turut mempamerkan teknologi 'drone', robotik, pemain 'e-Wallet', bayaran digital, pembayaran Gateway dan Maybank QRPay serta telekomunikasi. - HARAKAHDAILY 5/7/2019
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment