PSR bakal merosakkan, rakyat mesti terus bantah


BALIK PULAU: Bantahan cadangan pembinaan tiga pulau buatan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) perlu diteruskan oleh para penduduk kerana ia adalah sumber dana untuk Kerajaan Pulau Pinang.

Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA), Zikrullah Ismail berkata demikian dalam program Sembang Santai Bahana Penambakan 3 Pulau di Dewan Nelayan Sungai Batu, di sini semalam.

Menurut Zikrullah, dengan dana kewangan besar boleh diperolehi nanti, kerajaan negeri bukan sahaja akan melakukan projek-projek yang merosakkan alam sekitar, malah juga sosio demografi dan kebudayaan negeri.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang terdesak untuk meneruskan projek tambakan ini kerana mahu mengaut keuntungan dengan merosakkan alam dan menzalimi masyarakat nelayan dan kampung.

“Masyarakat ini dizalimi apabila sosio-demografi diubah secara rakus akhirnya merosakkan kawasan kebudayaan penduduk asal yang majoritinya terdiri daripada Melayu Muslim.

“Sekiranya penambakan ini berjaya dibatalkan, ianya suatu kemenangan untuk seluruh rakyat Pulau Pinang,” ujar beliau lagi.

Program ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammmad Fauzi Yusoff dan Pegawai Penyelidik Menteri Besar Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani serta Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Balik Pulau turut membantu nelayan dan hadirin membuat bantahan melalui petisyen dari talefon pintar masing-masing semasa program ini dijalankan
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget