Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.6 Juta

PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang pada tahun lepas, demikian menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2019.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penduduk lelaki melebihi perempuan pada 2019, dengan penduduk lelaki berjumlah 16.8 juta orang manakala perempuan 15.8 juta.

“Pada 2019, nisbah jantina berada pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai penerbitan itu.

Beliau berkata daripada 32.6 juta jumlah penduduk itu, 29.4 juta adalah warganegara manakala 3.2 juta bukan warganegara.

Menurutnya, laporan itu menunjukkan peratusan penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2019 menurun kepada 23.3 peratus berbanding 23.8 peratus pada 2018.

Peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 6.5 peratus kepada 6.7 peratus bagi tempoh yang sama, katanya.

Mohd. Uzir berkata, berdasarkan Dasar Warga Emas Negara, penuaan penduduk berlaku apabila peratusan penduduk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Pada 2019, menurutnya penduduk berumur 60 tahun dan lebih meningkat kepada 10.3 peratus berbanding 10 peratus pada 2018.

“Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada tahun 2030 dengan peratusan penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencapai 15.3 peratus. Negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada 2019 ialah Selangor dengan 20.0 peratus diikuti oleh Sabah 12.0 peratus dan Johor (11.6 peratus),” katanya.

Daripada 29.4 juta penduduk warganegara, menurut Mohd. Uzir komposisi Bumiputera mencatatkan peningkatan 0.2 peratus kepada 69.3 peratus pada 2019 berbanding 69.1 peratus pada 2018.

“Komposisi etnik Cina menurun kepada 22.8 peratus berbanding 23 peratus pada 2018, manakala India dan lain-lain masing-masing kekal 6.9 peratus dan satu peratus,” katanya. -BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget