NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wang GST: Penipuan dan Kesipuan, Menteri Kewangan dituntut minta maaf - Pemuda PAS


oleh: IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
13 Zulkaedah 1440 / 16 Julai 2019

Pemuda PAS berterima kasih atas semak dan imbang PAC ke atas isu 'kecurian' wang refund GST.

Kenyataan Menteri Kewangan di dalam Parlimen bahawa ia telah di'rompak' adalah tindakan penipuan, tidak wajar dan menjadi kesalahan yang besar dalam tatacara Dewan Rakyat.

Tindakan Menteri Kewangan yang sudah beberapa kali cuba mengelirukan Dewan Rakyat perlu ditangani secara serius kerana kenyataan beliau merendahkan Dewan Rakyat, memberikan persepsi buruk terhadap Malaysia dan lebih malang lagi menjejaskan keyakinan pelabur sehingga menjatuhkan pencapaian ekonomi Malaysia secara keseluruhan. Ini membuktikan beliau tidak kompeten dalam menjalankan tugasan tersebut.

Justeru, Menteri Kewangan dituntut memohon maaf secara terbuka di dalam Dewan Rakyat atas kenyataan tersebut atau meletakkan jawatan.



Pada masa yang sama, DPPM mencadangkan siasatan khas dibuat sama ada wang pulangan balik (refund) yang dikonsolidasi dalam wang yang disatukan itu menyalahi undang-undang atau ia disebabkan kelemahan (loophole) perundangan yang dimanipulasi. Jika ia menyalahi undang-undang, ia bermaksud kerajaan terdahulu menyalahi etika ‘good governance’ dan tindakan yang tegas perlu diambil untuk mengelak manipulasi ini berlaku lagi pada masa akan datang.

“Islam Memimpin Perubahan”

“Demi Islam”

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo