Isu Skandal Azmin: Tahniah PAS Terkehadapan Budaya Politik Matang & Sejahtera

Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Di saat seluruh negara dikejutkan dengan pendedahan skandal luar tabii yang didakwa melibatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Sri Azmin Ali, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tampil sebagai satu-satunya parti politik yang berusaha serius mententeramkan masyarakat yang sudah muak dengan politik kotor dan jijik sebegini.

2. Kenyataan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man jelas berbeza dengan reaksi berdiam diri, tunggu dan lihat hampir kesemua Presiden Parti politik lain di Malaysia – khususnya pemimpin Pakatan Harapan termasuklah parti yang memperjuangkan Islam sebagai Rahmatan Lil’alamin.

3.Namun begitu, hal yang paling menghairankan tentulah ketiadaan sebarang kecaman daripada Presiden Parti PKR sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang skandal terbaharu ini. Diamnya Parti Amanah dalam kes ini boleh difahami susulan isu lain antaranya kerana jawatan Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan yang diserahkan Tun Mahathir kepada Azmin, bukannya wakil daripada Amanah.

4. Secara logiknya, Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR sepatutnya menjadi individu pertama yang mengecam sekeras-kerasnya penyebaran video yang melibatkan Azmin Ali, iaitu Timbalan Presiden PKR sendiri. Bahkan Anwar sendiri secara peribadi pernah berkali-kali didakwa menjadi ‘mangsa’ tuduhan liwat. Maka amat menghairankan sekali tindakan beliau berdiam diri sebegini lama apabila isu ini terus berlarutan dalam kalangan rakyat dan ahli parti.

5. Sebaliknya, kenyataan terakhir yang dimuatnaik Anwar Ibrahim adalah tentang pertemuan beliau buat sekian kalinya dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tentang pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

6. Turut menarik perhatian tentulah kenyataan Pegawai Menteri Besar Selangor, Eekmal Ahmad yang pernah bekerja dengan Anwar Ibrahim sejak 2008 yang membayangkan kemungkinan penglibatan Anwar dalam penyebaran video skandal luar tabii Azmin Ali ini.

7. Beliau memuatnaik gambar Anwar Ibrahim menonton wayang filem ‘Avengers: The Endgame’ bersama-sama Haziq Aziz, Pegawai Timbalan Menteri Industri Utama yang dikatakan pasangan Azmin dalam video tersebut yang telah membuat pengakuan bersumpah melakukan hubungan luar tabii tersebut dengan Azmin.

8. Jika tuduhan ini benar, maka beliau perlu tampil secara terbuka dan siasatan perlu dilakukan bagi menyiasat sejauh mana benarnya dakwaan beliau bahawa Anwar Ibrahim sendiri terlibat dalam penyebaran video ini atas sebab persaingan politik dengan Azmin untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

9. Bukan lagi rahsia bahawa persaingan antara Anwar dengan Azmin dalam PKR. Latheefa Koya yang baru dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM terkenal sebagai penyokong kuat Azmin dalam PKR dan pengkritik tegar Anwar Ibrahim.

10. Hubungan rapat antara kem PKR pro-Azmin dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir hari ini tentulah menghadirkan keresahan dalam kalangan pendukung Anwar Ibrahim – namun adakah hubungan ini cukup kuat hingga mampu membatalkan janji terbuka berkali-kali yang telah dinyatakan oleh Tun M bahawa beliau akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim nanti?

11. Sejarah strategi politik Tun Mahathir hingga ke hari ini menjadi asas kuat untuk memungkinkan hal ini berlaku sekali gus tidak memadamkan keraguan kem Anwar. Janji Manifesto bukan kitab suci, pemberian projek kepada syarikat-syarikat di mana anak-anaknya memiliki kepentingan di dalamnya, hinggalah yang terbaru pelantikan Latheefa Koya; semua ini menambah gundah-gulana kem Anwar.

12. Namun begitu, pengakuan bersumpah Haziq Aziz yang mendakwa melakukan hubungan luar tabii dengan Azmin itu sendiri juga menimbulkan beberapa persoalan. Persoalan utama ialah mengapa dalam video pengakuan tersebut beliau lebih menitikberatkan gesaan agar siasatan SPRM ke atas Azmin Ali dilakukan segera, dan bukannya menekankan isu hubungan luar tabii itu?

13. Malah, dalam hari yang sama juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato’ Lokman Noor Adam membuat dua laporan berbeza – satu ialah isu video tersebut – dan satu lagi ialah laporan ke SPRM tentang dokumen Maybank yang menunjukkan transaksi sebanyak USD$ 741,440.00 daripada UEM Group Berhad ke akaun Azmin Ali di Deutsche Bank AG – ZR BR, no akaun 0061508230587 pada 19hb Disember, 2017.

14. Keadaan ini menimbulkan persoalan: adakah tindakan dan kenyataan Lokman Noor Adam dan Haziq Aziz tentang isu rasuah Azmin ini adalah ‘kebetulan’ terjadi serentak dalam hari yang sama atau memang dirancang?

15. Walau bagaimanapun, malangnya peristiwa ini menyaksikan hampir kesemua Presiden Parti politik di Malaysia mengambil tindakan berdiam diri serta tunggu dan lihat – tetapi tidak PAS.

16. Kedua-dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Presiden Tuan Guru Dato’ Sri Abdul Hadi Awang dan juga Timbalan Presiden Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man tampil meredakan keresahan rakyat yang sudah muak dengan taktik politik kotor, jijik, dan keji sebegini.

17. Berikut ialah kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Sri Abdul Hadi Awang:

Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti dan krisis moral. Islam mengajar kita berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya. Islam juga mengajar kita untuk menjaga maruah diri dan saudara, yang termasuk di dalam Maqasid Syariah yang lima iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Maka PAS mengajak semua pihak untuk berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, dan berpolitik secara jujur, bersih dan bermaruah demi kebaikan rakyat dan negara tercinta.

18. Berikut pula kenyataan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man:
PAS menggesa ahli dan kepimpinanya agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum. Sebagai seorang Muslim sikap kita tetap konsistem dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.
Sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan, maka PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau. PAS menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.
Di saat pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, PAS perlu tampil menjadi agen yang membantu bukan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang tidak bermanfaat.
Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukuhwah jamaah dan jaga hubungan dengan Allah, agar Allah pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab.

19. Begitulah bezanya apabila politik berteraskan Islam benar-benar diamalkan.


Tahniah PAS.


Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget