Ulasan Ringkas LUHAM Kelantan Berkait Isu ‘Bekas Banduan’



Oleh: NIK BAHRUM BIN NIK ABDULLAH
LUHAM KELANTAN
15/5/2019

1. Isu terkini berkait ‘bekas banduan’ yang dikatakan berpunca daripada ucapan Dato’ Setiausaha Agung PAS di Sandakan yang lebih kurangnya berbunyi “Ada seorang cita-cita jadi perdana menteri sangat. Keluar daripada penjara … Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup (nya) adalah (bekas) banduan”.

2. Beberapa individu mengecam ucapan tersebut. Ada yang mengatakan Taqiyuddin ibarat menghina raja. Dan ada pula yang mengatakan Taqiyuddin tidak bertanggungjawab. Malah beberapa laporan polis telah dibuat; kononnya mendesak agar pihak polis menyiasat ucapan tersebut.

3. Tidak jelas repot tersebut untuk apa. Mungkin sekadar laporan untuk pihak polis membuat siasatan yang mengaitkan presiden PKR dengan status bekas banduan (Utusan Online 13 Mei 2019).

4. Tetapi ulasan yang kelihatan agak profesional sedikit adalah bila ada yang mengaitkan ucapan itu dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

5. Perkara 42(1) Perlembagaan, antara lain, memperuntukkan: 42. (1) Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan …yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan…”.

6. Sebenarnya selain Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 300 dan seksyen 301 Kanun Prosedur Jenayah juga mempunyai peruntukan yang sama berkaitan dengan kuasa menggantung dan meremit hukuman oleh Raja.

7. Apabila dibaca keseluruhan peruntukan tersebut, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kuasa mengampun di bawah Perkara 42 dan seksyen 300 KPJ tidak sesekali memberi isyarat; samada secara nyata atau tidak bahawa selepas pengampunan diberikan; mana-mana rekod dapatan bersalah (conviction) juga turut terhapus.

8. Atau dengan bahasa mudahnya “kamu tetap bersalah”.

9. Tambahan pula dalam kes Presiden PKR ini terdapat 2 dapatan bersalah dan pengampunan hanyalah terhadap dapatan bersalah yang kedua.

10. Inilah rekod-rekod yang ada yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun bahawa bagi setiap dapatan bersalah tersebut, beliau telah dihantar ke penjara yang juga mencatatkan rekod beliau pernah menjadi penghuni di situ yang kita gelar sebagai banduan.

11. Bila dihantar ke penjara, beliau tetap seorang banduan. Bila sudah keluar beliau adalah bekas banduan.

12. Jadi tidak ada apa salahnya dengan kenyataan Dato’ Setiausaha Agung PAS itu. Yang menjadi persoalannya kenapa teramat sensitif dengan perkataan bekas banduan?

13. Jika kita tidak salah “Malu apa Bro?”



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget