Menyediakan Makanan Berbuka


BICARA Ramadhan 02
oleh Dr Khairuddin Takiri

Menyediakan Makanan Berbuka

1. Salah satu ibadah yang selalu diabaikan oleh orang berpuasa ialah menyediakan makanan berbuka untuk orang lain khususnya fakir miskin.

2. Nabi saw menjanjikan pahala yang besar menerusi sabda baginda yang diriwayatkan oleh sahabat bernama Zaid bin Khalid al-Juhani

 مَنْ فَطَّرَ صَائمًا، كانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أجْر الصَّائمِ شيءٍ.
رواه الترمذي وقالَ: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ

"Sesiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang berpuasa baginya pahala seumpama pahala orang berpuasa tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa itu sendiri"
(Hadis riwayat Tirmizi, kata beliau Hadis Hasan Sahih)

3. Apatah lagi sekiranya orang yang mendapat makanan berbuka itu adalah dikalangan orang yang susah. Betapa gembiranya hati mereka. Ia boleh dimasukkan dalam kategori menggembirakan saudara muslim sebagaimana sabda baginda saw

«أَحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ، وأحبُّ الأعْمالِ إلى الله عزَّ وجلَّ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ على مُسْلِمٍ، تَكْشِفُ عنه كُرْبَةً، أَوْ تَقْضِي عَنهُ دَيْناً، أوْ تَطْرُدُ عنهُ جُوعاً، ولأَنْ أَمْشي مَعَ أخٍ في حَاجَة؛ أحَبُّ إليَّ مِنْ أنْ أعْتَكِفَ في هذا المسجِدِ -يعني مَسجدَ المدينَةِ- شَهْراً»،

"Orang yang paling dikasihi Allah ialah orang yang paling memberi manfaat kepada orang ramai. Amalan yang paling dikasihi Allah ialah kegembiraan yang kamu masukkan ke hati seorang muslim, kamu melepaskan daripadanya satu kedukaan, atau kamu membayar bagi pihaknya satu hutang, atau kamu halau daripadanya satu kelaparan. Sudah pastinya saya berjalan bersama seorang saudara bagi menunaikan satu hajat keperluan lebih saya suka berbanding iktikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama sebulan.
Hadis riwayat Asbahani dan dinilai Hasan oleh Albani.

4. Jika kita mampu membeli makanan berbuka, hadiahkanlah juga sebahagian seumpamanya buat jiran tetangga.

Sekian.
Selasa 2 Ramadhan 1440/7hb Mei 2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget