Kuota matrikulasi: Ketegasan Maszlee tepati Perlembagaan


BANGI, 16 Ramadan 1440H, Selasa – Ketegasan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mempertahankan isu kuota Program Matrikulasi baru-baru ini, menepati prinsip peruntukan Perlembagaan yang memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera demi menjamin keseimbangan pendidikan antara kaum.

Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Mohd Zai Mustafa berkata, tindakan Maszlee jelas memperlihatkan beberapa pemimpin DAP dan parti sealirannya seperti Gerakan serta MCA, turut serta menyerang secara kasar dan ganas sehingga sanggup memaksa perdana menteri menyingkirkannya.

“Ini menunjukkan dengan jelas kepada rakyat bahawa mereka telah mempolitikkan isu pendidikan untuk meraih kepentingan politik sempit bagi mengekalkan sokongan sesuatu kaum sahaja dan bukan bertujuan untuk membangunkan negara bangsa,” kata seperti dilapor Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas desakan beberapa pemimpin MCA, Gerakan dan DAP yang menuntut Maszlee memohon maaf dan menarik balik kenyataan serta membidas menteri pendidikan itu kerana mengaitkan isu kuota matrikulasi dengan bahasa Mandarin sebagai syarat mendapat pekerjaan.

Mohd Zai menegaskan, isu pendidikan mesti dilihat secara holistik untuk mengangkat martabat semua kaum secara adil dengan mengambil kira keutuhan perpaduan kaum di negara ini.

“Apakah lagi yang mereka mahu dalam negara ini, sesudah ekonomi dan politik telah jelas dikuasai oleh orang Cina yang menyokong DAP, maka hak pendidikan pula nak diasak dan dirobek-robekkan?

“Semoga Dr Maszlee dan perdana menteri terus istiqamah mempertahankan hak pendidikan orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang terkandung dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini, Maszlee dilaporkan berkata, pihak yang menuntut kelonggaran bagi kuota kaum matrikulasi, juga perlu membangkitkan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.

“Kalau kita nak ubah (matrikulasi), kalau kita kata Malaysia baru maka tak perlu kuota dan sebagainya, sebegitu juga kita kena pastikan peluang pekerjaan kepada Bumiputera tak dinafikan semata-matanya kerana mereka tak boleh (berbahasa) Mandarin,” katanya.

Kenyataan Maszlee itu mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/05/21/kuota-matrikulasi-ketegasan-maszlee-tepati-perlembagaan/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget