NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TH: Tiada lagi Haji ke-2, elak tunggu giliran 100 tahun


Tabung Haji di bawah pentadbiran PH sedang undur beberapa langkah ke belakang.

Usah diungkit subsidi haji yang semakin meningkat kerana TH ditubuhkan untuk membantu umat Islam menunaikan haji menerusi tabungan bersama yang boleh menjana kewangan dan pelaburan. Jelaskan kepada rakyat sama ada apa yang berlaku ialah disebabkan susut nilai pelaburan atau kerana pecah amanah.

Jika pecah amanah, silalah kerajaan PH menyegerakan siasatan dan penghakiman.

Jangan cabar pendeposit mengeluarkan simpanan mereka, bahkan sepatutnya galakkanlah mereka untuk terus melabur bukan hanya untuk menunaikan haji tetapi sebagai sokongan kepada institusi pelaburan terbesar umat Islam.

Berikan kenyataan yang meredakan dan meyakinkan pelabur, bukannya kenyataan-kenyataan negatif menimbulkan keraguan. CEO perlu berhemah apabila membuat kenyataan. Menteri sila beri panduan!

Dr Khairuddin Takiri

Kata CEO, "Namun, subsidi untuk tahun-tahun berikutnya akan dibincangkan dengan kerajaan sama ada jumlahnya akan dikurangkan atau tidak berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat".

https://m.malaysiakini.com/news/471211

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2465687140107968&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo