Respon Forum Dehijabing Choice: Faham Arahan Allah berdasarkan Ilmu yang benar


Oleh:PeneranganDewan Muslimat PAS Hulu Langat

FAHAMI ARAHAN ALLAH BERDASARKAN ILMU YANG BENAR

Di dalam Al-Quran, Surah An-Nur - Ayat 31, Allah berfirman: "Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka."

Ketika turunnya ayat ini, para sahabat bergegas pulang ke rumah masing-masing untuk menyampaikan perintah Allah ini. Apabila sahaja para isteri serta wanita muslimat yang lain mendengarkannya, mereka terus mencapai apa sahaja yang boleh dijangkau untuk menutup kepala mereka sehingga ke dada.

Begitulah perintah yang telah dimaktubkan di dalam kitab suci Al-Quran yang tidak perlu diperbahaskan lagi.

Oleh itu, Dewan Muslimat PAS Hulu Langat dengan ini menentang keras akan penerbitan buku 'Unveiling Choice' yang telah dilancarkn pada 13 April yang lalu pada forum yang bertajuk "Malay Women & Dehijabing"

Seterusnya, DMPKHL menggesa pihak berwajib menjalankan siasatan ke atas penganjur forum, panelis dan penulis buku di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyeru kepada kemungkaran dan menganggu ketenteraman dan keharmonian.

Allah mendedahkan di dalam Al Quran bahawa mereka yang menyuruh kepada kemungkaran adalah golongan munafiq.

‎الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagiannya adalah sama dengan sebahagian yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang mungkar, dan melarang dari perbuatan yang baik [At-Taubah:67]

Maka DMPK juga menyarankan agar penulis serta panelis dan semua yang terlibat, kembalilah ke pangkal jalan dan segera bertaubat.

Segala hukum yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kebaikan mahluk yang diciptakan itu sendiri. Ianya mempunyai keindahan dan hikmah sekiranya difikir dengan akal yang sihat dan jiwa yang bersih.

#IslamMemimpin


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget