NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rantau Model Kerjasama Pelbagai Kaum


REMBAU – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan kemenangan di Rantau adalah model terbaik bagi menggambarkan kerjasama pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) tersebut telah disumbangkan oleh pengundi dari pelbagai latar belakang.

“Kita menang di Rantau bukan sahaja kerana undi Melayu semata-mata tetapi juga sokongan pengundi Cina dan India.

“Setiap undi dalam kawasan adalah penting dan kita kena ambil kira semua tanpa kira warna kulit atau agama.

“Apabila berkempen kita tak boleh tumpu satu kaum tetapi kena lihat semua masyarakat dalam gerak kerja kita,” katanya ketika ditemui di pusat penjumlahan rasmi PRK DUN Rantau di sini.

Beliau berkata, kemenangan di PRK Rantau adalah satu mandat baharu rakyat kepada gabungan pembangkang bagi membela mereka.

“Ini memberi semangat kepada BN dan kita akan terus menjadi jurucakap rakyat bagi proses semak dan imbang kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo