Penganut pelbagai agama gembira tinggal di Kelantan



KOTA BHARU: Ketua-ketua agama di Kelantan yang terdiri daripada Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menyatakan kesyukuran dan gembira berada di bawah kerajaan negeri sekarang.

Presiden Majlis Perundingan Malaysia Dr JP Kamalanathan berkata, sepanjang berada di bawah kerajaan yang mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam, tiada sebarang tindakan yang mengganggu kebebasan beragama.

“Kami boleh mempraktikkan ajaran masing-masing dengan bebas tanpa sebarang gangguan,” ujarnya pada pertemuan dengan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob di Kota Darulnaim semalam.

Hadir sama Rev Fr Francis Andrew mewakili Kristian, Alex Chai Kee mewakili Buddha, S/I (R) Gormok Sing mewakili Sikh dan beberapa lagi wakil lain.

Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Mohd Nassruddin Daud, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Dato’ Hassan Mohamood dan Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua. - HARAKAHDAILY 15/4/2019

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget