1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil perhatian serius terhadap insiden yang menggemparkan dunia semalam dengan siri pengeboman dan serangan ganas di beberapa lokasi di Sri Lanka. Serangan yang melanda beberapa gereja dan hotel itu telah mengorbankan lebih 200 nyawa dan menceredarakan sekitar 400 mangsa, menjadikan ia serangan terburuk sejak 10 tahun yang lalu.
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengeboman yang dilakukan. DPPM melihat ia sebagai usaha terancang untuk menggugat keselamatan di sana dengan mewujudkan ketakutan di kalangan masyarakat. Selaku sebuah negara yang mempunyai penganut pelbagai agama, serangan tersebut seoah-olah cuba untuk mencetuskan pertembungan antara mereka. Serangan yang menyasarkan beberapa gereja, di samping hotel yang melibatkan orang awam adalah sangat kejam dan cukup untuk menggambarkan agenda jahat mereka yang melakukan serangan.
3. DPPM merakamkan takziah kepada rakyat Sri Lanka, khususnya kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang terkorban dalam tragedi serangan ini. DPPM mengajak seluruh pencinta keamanan di seluruh dunia untuk mendoakan yang terbaik buat mereka dan dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi detik-detik yang sukar ini.
4. DPPM turut menyatakan sokongan penuh kepada Majlis Muslim Sri Lanka (The Muslim Council of Sri Lanka) yang mendesak pemimpin tertinggi Sri Lanka untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
"Islam Memimpin"
"Terus Mara"
YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub, untuk mendapatkan kebenaran sema...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment