Pelajar mohon maaf kritik Abdul Hadi



KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengkritik beliau menerusi laman sosial sebelum PRU14 lalu.

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan semua pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) sempena majlis Bicara Tokoh Alumni, hari ini.

"Saya ingin memohon maaf kepada tuan guru kerana sebelum PRU14 saya sebagai manusia yang serba kekurangan termakan fitnah dan tohmahan orang terhadap tuan guru.

" Alhamdulillah, selepas PRU ini saya dapat tahu dengan jelas apa yang sebenarnya.



"Jadi saya sekali lagi ingin meminta maaf atas segala sangka yang saya lakukan selama ini," katanya.

Permohonan maaf oleh pelajar berkenaan disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 300 pelajar dan guru yang hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Abdul Hadi secara terbuka juga memaafkan pelajar berkenaan sambil menyifatkan sikap memberi kemaafan kepada seseorang akan mendapat ganjaran dan kelebihan di sisi ALLAH SWT.

"Jika Tuhan Yang Maha Besar boleh mengampunkan dosa hambaNya, saya ni apalah sangat.

"Kita perlu memaafkan kepada sesiapa yang beriman dan memaafkan orang adalah satu kelebihan," katanya.

Abdul Hadi (tengah) merakam gambar bersama pelajar dan guru sempena majlis Bicara Tokoh Alumni di SMAASZA, hari ini.
Abdul Hadi (tengah) merakam gambar bersama pelajar dan guru sempena majlis Bicara Tokoh Alumni di SMAASZA, hari ini.
Abdul Hadi menyifatkan ucapan dan kritikan diterima akan mengundang pahala percuma jika ditempuhi dengan sabar.

"Bila orang kata kepada saya kata macam-macam, yang pedas pun ada yang pahit pun ada, saya anggap ia beri paha percuma kepada saya.

"Jadi kita sembahyang tahajud bukan banyak sangat, puasa sunat bukan banyak sangat, sedekah pun harta tak banyak tetapi boleh pahala banyak kerana orang memfitnah kita.

"Bagaimanapun, untuk menahan dari kata-kata itu kita hendaklah bersabar," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengakui beliau tidak pernah membaca tulisan-tulisan 'pedas' yang ditujukan kepadanya

"Sekiranya ia berkait dengan tulisan, saya tidak baca. Bila orang cerita saya tidak baca. Tidak ada faedah kita baca tulisan itu, baik baca benda lain yang berfaedah.

"Bila orang serang saya di Parlimen atau DUN, saya ambil kertas saya baca sehingga orang itu marah kepada saya sebab tidak hirau kepada apa yang diucapkan," katanya.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

Tulis lah elok elok..

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget