MB Johor letak jawatan berkuatkuasa semalam, kata Dr M


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Menteri Besar Johor, Osman Sapian sudah meletakkan jawatan, berkuatkuasa semalam.

"Semalam dia bagi 2 surat, 1 surat kepada saya dan 1 surat kepada Sultan Johor," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sebab-sebab peletakan jawatan itu akan diumumkan nanti. "Buat sementara, Johor tidak ada MB. Mungkin akan beri pemangku."

Sementara itu, Mahathir berkata kerajaan mempunyai 3 hingga 4 calon untuk mengisi jawatan menteri besar.

"Ikut perjanjian Pakatan Harapan, menteri besar Johor daripada PPBM," katanya.

Perkembangan ini menyusuli desas-desus mengenai penukaran menteri besar Johor yang mengiringi pertemuannya dengan Mahathir semalam.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan arahan untuk menukar menteri besar sudah lama diberikan.

Tunku Ismail mengingatkan kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan.

Osman dipilih menjadi menteri besar Johor ke-16 pada 12 Mei 2018.




Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget