NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan: Gadis Sweden Jadi Suri Hati Tengku Mahkota


KOTA BHARU – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bakal melangsungkan perkahwinan secara sederhana dengan kenalan lamanya, Cik Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar di sini pada 19 April ini.

Istiadat perkahwinan tersebut bakal berlangsung dengan hanya dihadiri kaum kerabat dan kenalan baginda secara tertutup selepas solat Isyak.

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal berkata, baginda akan melangsungkan perkahwinan pada hari Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April depan.

"Yang Teramat Mulia Tuanku juga bertitah agar cenderamata-cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah.

"Baginda juga berharap agar sekalian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak akan dipermudahkan dan dirahmati Allah S.W.T sehingga ke jannah," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, Tengku Muhammad Faiz yang berusia 45 tahun memilih kenalan lamanya, Cik Sofie Louise, 33, yang merupakan warga Sweden sebagai suri hatinya. – K! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo