Sertai perarakan langgar LGBT ajaran agama, budaya - JAWI


BANGI, 5 Rejab 1440H, Selasa – Pengarah Jabatan Agama Ialam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata, tindakan orang Islam menyertai perarakan haram hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) baru-baru ini di ibu negara adalah bertentangan dengan norma undang-undang, ajaran agama dan budaya masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, meskipun kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan kepada setiap rakyat akan kebebasan bersuara tetapi ia tidak bermakna sesiapa terutama orang Islam boleh berbuat apa sahaja untuk melanggar undang-undang dan ajaran agama.

"JAWI mengutuk tindakan beberapa lelaki dan wanita Islam yang menyertai perarakan LGBT itu baru-baru ini, yang mana sesetengah hak yang mereka tuntut semasa perarakan itu bukanlah hak yang sepatutnya mereka perjuangkan seperti; 'bebaskan buah dada saya' dan 'kerja seks adalah satu pekerjaan'," katanya.

Katanya, memang benar kebebasan berhimpun dan berucap dijamin dalam perlembagaan dan kerajaan sendiri tetapi itu tidak bermakna kita bebas untuk menuntut sesuatu yang jelas bertentangan dengan norma undang-undang, ajaran agama dan budaya kita.

Sehubungan itu, Mohd Ajib berkata, JAWI komited untuk melaksanakan pelbagai program dakwah yang dibimbing oleh Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendidik orang ramai mengenai isu LGBT termasuk satu program khas yang dibentuk untuk membantu kumpulan LGBT itu sendiri.

"Tahun ini, JAWI mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran mengenai isu LGBT menerusi 'Kempen Penguatkuasaan dan Kefahaman Undang-Undang Syariah', iaitu mengawasi di kebanyakan tempat serta mengedarkan risalah 'Kesedaran Undang-Undang Syariah'. Kita juga akan menyediakan khidmat nasihat dan penjelasan kepada orang ramai agar menjauhi kesalahan jenayah syariah seperti itu," katanya.

Terkini, JAWI akan melancarkan kempen Santuni Komuniti kali ketiga di Putrajaya, Khamis ini bagi meningkatkan usaha untuk membantu dan menasihat kumpulan LGBT.

Selain itu, beliau berkata, JAWI melaksanakan tiga peringkat pendekatan dan tindakan iaitu menerusi sesi huraian dan penjelasan, campur tangan dan penguatkuasaan sekiranya masih ada yang melanggar undang-undang.

Pihak polis akan memanggil penganjur perarakan itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa permit. – Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget