NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selamatkan MAS: Pertimbang Usaha Sama Pihak Swasta



KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mempertimbangkan usaha sama dengan pihak swasta dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airline Berhad (MAS).

Penaung Persatuan Pekerja Bersara Malaysia Airline Berhad (MASRA), Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, dalam keadaan kritikal MAS kini, kerajaan perlu mengeluarkan kertas cadangan yang mengandungi cara-cara untuk menyelamatkan syarikat itu secelat mungkin dan bukan mengambil keputusan untuk menutupnya.

“Kerajaan perlu terbuka dan bagitahu apa masalah MAS yang sebenarnya, jangan berselindung. Boleh buka pada swasta kerana ada yang berminat.

“Dengan 78 peratus faktor muat penumpang, MAS kini kerugian RM800 juta. Itu adalah sesuatu yang pelik kerana 78 peratus faktor muat penumpang pada waktu saya dulu akan memberi keuntungan kepada syarikat. Pasti ada yang tidak kena di mana-mana,” katanya yang merupakan bekas Pengarah Urusan MAS dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambah Abdul Aziz, beliau yakin MAS boleh dikembalikan kepada zaman kegemilangannya dengan pentadbiran yang betul dan tindakan kerajaan menyatakan hasrat untuk menutupnya adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan.

“MAS adalah maruah negara kita, dimulakan oleh tenaga tempatan. Kami di sini adalah antara pelopor yang memulakan syarikat penerbangan kebangsaan ini daripada tiada apa-apa. Kita bina satu-satu sehingga MAS menjadi salah satu syarikat penerbangan terbaik.

“Jadi kami di sini hari ini juga menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan kewangan kepada kerajaan sebagai usaha untuk menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo