Projek Kereta Terbang? : Selesaikan masalah rakyat dahulu


oleh: Haji Ahmad Amzad Hashim 
5 Mac 2018 / 28 Jamadil Akhir 1440 H

1. Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof dalam satu kenyataannya meminta rakyat memahami dan menerima usaha kerajaan terhadap pembangunan kereta terbang itu secara positif serta terbuka supaya Malaysia dapat bersaing dan setaraf dengan rakyat negara maju pada masa hadapan.

2. Namun begitu, kenyataan-kenyataan susulan beliau menunjukkan bahawa tiada perancangan rapi yang telah dibuat melainkan lontaran idea-idea yang masih belum masak. Kenapa Menteri perlu terburu-buru membuat pengumuman perkara yang masih belum jelas hujung pangkalnya?

3. Tambahan pula, projek kereta terbang ini secara jelas adalah projek yang berasingan daripada perancangan kereta nasional ketiga Malaysia. Sepatutnya, kerajaan perlu lebih dahulu menyiapkan dan membentangkan kepada rakyat apakah strategi bagi memastikan daya saing kereta nasional ketiga dalam pasaran tempatan dan rantau Asia sebelum melontarkan idea lain yang masih belum jelas untung ruginya kepada rakyat.

4. Saya menyarankan agar Menteri tidak perlu memberi fokus keterlaluan kepada projek kereta terbang dalam keadaan tuntutan kepada kerajaan adalah menyelesaikan masalah rakyat berbanding seronok mengumumkan projek yang berbunyi gah tetapi masih jauh daripada realiti. 


“Islam Memimpin”


Haji Ahmad Amzad Hashim ialah  Ahli Parlimen Kuala Terengganu (P036)

5 Mac 2018 / 28 Jamadil Akhir 1440 H
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget