NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin: Jangan gentar laksana agenda Bumiputera


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menggesa Putrajaya agar tidak gentar dalam melaksanakan agenda Melayu dan bumiputera.

Timbalan presiden KEADILAN itu berikrar bahawa Pakatan Harapan akan berusaha keras memastikan kelompok majoriti itu kekal terbela dalam agenda nasional.

"Pakatan Harapan juga akan menggandakan usaha melaksana perubahan sehingga menjadi sumber kekuatan rakyat.

"Kita harus berani dan tidak gundah-gulana untuk segera melaksanakan janji-janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang merupakan bagian integral daripada agenda nasional.

"Kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bimbang terhadap kritikan luar," katanya.

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara itu berkata, kekalahan Harapan dalam pilihan raya kecil Semenyih merupakan mesej jelas rakyat akar umbi agar kerajaan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.

"Kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk meringankan beban ekonomi rakyat.

"Majlis Tindakan Ekonomi akan segera melaksanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuh pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap pemilikan rumah di kalangan rakyat," katanya.

PRK Semenyih Sabtu lalu menyaksikan BN menang dengan 1,914 majoriti undi.

Pada PRU ke-14, Harapan memenangi kerusi itu menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan 8,964 majoriti undi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo