NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi tidak percaya: Dr M tunggu jawapan PAS




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menunggu jawapan daripada PAS jika terdapat undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat.

"Saya tunggu dan lihat kalau ada undi tidak percaya. Saya akan tengok sama ada PAS akan sokong saya atau tidak," katanya ringkas kepada pemberita di Wisma Pertahanan, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian menjawab kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang mendakwa 2 parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin merancang menyingkirkannya melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/21/undi-tidak-percaya-dr-m-tunggu-jawapan-pas/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo