Hina nabi: PAS Negeri Sembilan buat laporan polis


SEREMBAN, 22 Jamadilakhir 1440H, Rabu – PAS Negeri Sembilan hari ini membuat laporan terhadap dua pemilik akaun Facebook berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Laporan polis itu dibuat oleh Pemangku Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini pada pukul 9.00 pagi.

"Laporan polis ini adalah untuk meminta kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun ini dan dibawa ke muka pengadilan serta menghukum mereka seperti yang pernah dilakukan sebelum ini supaya menjadi peringatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Pemilik akaun itu didakwa telah memuat naik karikatur dan penulisan biadap terhadap Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA dalam akaun Facebooknya manakala seorang lagi pemilik akaun berkenaan, turut memburukkan Nabi Muhammad dengan mengeluarkan komen jelik bahawa agama Islam adalah agama dajjal selain agama yang diciplak daripada agama Kristian.

Rafiei berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan ketegangan antara agama berlaku. – Bernama


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget