NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benih VIII: Deflasi

Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengulas pendek tentang deflasi yang pertama kali berlaku di Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Katanya beliau sedang mengenalpasti bagaimana deflasi ini boleh menurunkan sara hidup [1].

Saya rasa Tun Mahathir boleh lah start cari menteri kewangan lain sebab anak Lim Kit Siang (ęž—å‰ē„„) ini nampak sangat clueless apabila bercakap bab ekonomi. Ya, memang benar apabila deflasi ini berlaku bermakna harga barang turun, tetapi harga barang turun tidak bermakna kos sara hidup akan turun.

Apabila harga barang turun, ia berlaku kerana dua faktor. Pertama, kejatuhan permintaan yang  memaksa peniaga menurunkan harga. Dan kedua, kos pengeluaran yang rendah. Faktor kedua tidak berlaku kerana gaji minimum telah dinaikkan pada bulan lepas, bil utiliti masih kekal, sewa premis masih kekal dan kos bahan api masih meningkat.

Jadi yang berlaku sebenarnya kejatuhan permintaan (failing demand). Kejatuhan permintaan ini berlaku pula kerana 3 sebab. Krisis ekonomi, dasar perjimatan (fiscal austerity) dan kejatuhan keyakinan kepada pasaran.

Anda boleh perhatikan petunjuk petunjuk jelas bahawa 3 perkara ini sedang berlaku. Bermula dengan kejatuhan ringgit berbanding USD dan kadar KDNK yang merosot (kelemahan ekonomi) diikuti pembatalan projek mega dan pengurangan subsidi / insentif kepada rakyat (dasar penjimatan) hingga akhirnya kejatuhan bursa saham dan pengurangan mendadak FDI (pelaburan langsung asing) sebanyak 3 kali ganda berbanding dahulu (kejatuhan keyakinan) [2]

Apabila harga barang menurun walaupun kos pengeluaran kekal, ia memberi maksud keuntungan peniaga merosot. Akhirnya situasi ini akan memberi kesan kepada jumlah gaji sehinggalah membawa kepada tindakan memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos. Tahukah anda bahawa MEF menjangkakan 30 ribu rakyat Malaysia akan kehilangan sumber pendapatan tetap mereka tahun ini?

Jadi bagaimana sebenarnya kaedah nak mengurangkan kos sara hidup? Bukan dengan cara mengkaji deflasi la gila. Daripada zaman dahulu lagi deflasi ini adalah petunjuk bahawa keadaan ekonomi sedang lemah. Antara rekod awal deflasi adalah ketika Global Recession pada tahun 1920an yang dianggap krisis ekonomi global terburuk dalam sejarah moden.

Cara nak mengurangkan kos sara hidup ini adalah dengan memastikan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat berlaku dalam kadar yang lebih besar berbanding kadar inflasi.

Apabila pendapatan rakyat bertambah lebih besar daripada kenaikan harga barang, maka kuasa beli dan kemampuan rakyat berbelanja untuk barang keperluan dan kehendak juga akan bertambah. Aliran tunai disebabkan aktiviti jual beli akan menyebabkan ekonomi bertambah sihat.

Sebab itu walaupun Malaysia sejak 2009-2016 mengalami inflasi 2% - 3% setahun, ia tidak mempunyai kesan negatif disebabkan kadar itu adalah terkawal dan pendapatan rakyat pula meningkat purata 8.1% setahun. Golongan B40 pula menikmati peningkatan pendapatan purata 10.2% dalam tempoh sama sehingga menyebabkan jurang pendapatan antara rakyat telah menurun di bawah 0.4 Gini buat pertama kali dalam sejarah. [3]

Begitu juga apabila kerajaan melaksanakan pemberian tunai BR1M kepada golongan B40. Tujuannya sebab nak tampung kenaikan harga barang agar kuasa beli rakyat kekal dan bertambah baik. Kaedah ini dibuat agar pergerakan ekonomi sentiasa rancak dan menaikkan keyakinan pelabur untuk berniaga di dalam negara.

Bukannya nak suruh rakyat bayar installment kereta macam video propaganda bodoh seorang Adun DAP dulu.

Kenapa kalau bodo-bodo ni banyak datang dari parti kau Lim Kit Siang?

-----


Rujukan:

[3] Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo