NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siasat Penyelewengan Kilang Loji Lynas,Jika Benar Berlaku


Oleh: YB Tuan Che Alias Bin Hamid
Parlimen Kemaman (P040)
29 Disember 2018

1. Sekiranya penyelewengan berlaku dalam agensi  yang  mengawal selia aktiviti kilang loji Lynas  itu benar seperti yang didakwa oleh  Kumpulan anti-Lynas iaitu Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Saya menegaskan  supaya Kerajaan segera mengambil tindakan yang tegas dan siasatan yang adil serta telus perlu dilakukan demi keselamatan awam dan alam sekitar sekiranya berlaku sebarang penyelewengan.

2. Dalam kenyataan sebelum ini, pihak SMSL telah mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan sisa nadir bumi Lynas sehingga membolehkan kilang tersebut menyimpan sisa terjadual selama enam tahun. Pihak SMSL juga telah  mengumpul sebanyak 117 muka surat bukti penyelewengan. Bukti-bukti tersebut akan dibawa oleh pihak SMSL ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siasatan lanjut dilaksanakan.

3. Saya meminta supaya pihak syarikat Lynas perlu menunjukkan bukti yang sahih sekiranya dakwaan pihak SMSL itu tidak benar. Saya tidak mahu dalam isu penyelewengan ini, ada mana-mana pihak yang mencuba untuk mendapatkan kepentingan masing-masing. Kebajikan dan keselamatan pekerja Lynas dan penduduk tempatan perlu diberi keutamaan dan agenda politik perlu diketepikan supaya siasatan yang adil dapat dilakukan kepada pihak yang terlibat.

“ Islam Memimpin ”



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo