PH kempen guna jentera kerajaan perangai cakap tak serupa bikin?


Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man 
21 Januari 2019


Tindakan seorang Timbalan Menteri Pakatan Harapan menyalahgunakan kenderaan Pejabat Hutan Daerah Raub untuk tujuan kempen pilihanraya kecil Cameron Highlands telah menonjolkan lagi perangai ‘cakap tak serupa bikin’ Pakatan Harapan. 

Difahamkan sebanyak 5 buah kenderaan Jabatan Hutan Negeri Pahang telah dipinjamkan ke pada Timbalan Menteri itu atas kapasiti jawatan melalui satu surat arahan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Menteri untuk tujuan membuat program Ramah Mesra bersama Orang Asli.

Setakat ini hanya sebuah kenderaan ditemui digunakan untuk berkempen. Di manakah 4 lagi buah kenderaan yang dipinjam?

Sebelum berkuasa, para pimpinan Pakatan Harapan melalui Bersih sering menganjurkan perhimpunan bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil, kerana apa yang dituntut tidak didengari dan dilaksanakan oleh BN.

Kini kebanyakan pimpinan PH sudah berada di dalam kerajaan, tapi malangnya pilihanraya belum menjadi lebih bersih dan adil berbanding dulu walaupun sudah hampir 9 bulan berkuasa. Lebih mendukacitakan ialah mereka sedang melakukan perkara yang mereka kutuk sehabis-habisnya terhadap BN dahulu ketika mereka di pembangunan. 

Bukan itu sahaja, Bersih yang memberikan kritikan terhadap ‘Undi PH jika inginkan pembangunan’ turut dicemuh. Para pimpinan PH kini hanya tahu membisu dan ada yang cuba mempertahankan kemungkaran yang nyata.

Ironinya, PRK Cameron Highlands ini diadakan kerana pilihanraya umum ke 14 kawasan ini didapati tidak bersih dan adil. Namun, segala yang berlaku setakat hari ini di PRK Cameron Highlands menyebabkan keputusan mahkamah yang bersejarah tempoh hari menjadi bahan sindiran.

Tindakan PH melanggar pelbagai janji dan ikrar sendiri sejurus selepas berkuasa menyebabkan imej perangai ‘cakap tak serupa bikin’ PH semakin terpahat di sanubari rakyat.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ialah Timbalan Presiden PAS merangkapAhli Parlimen Kubang Kerian

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget