Kerajaan GPS ada kesefahaman dengan Pusat - Abang Johari

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah kerajaan negeri mempunyai kesefahaman dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari, yang juga pengerusi GPS, berkata cara itu adalah pendekatan GPS setelah mengambil keputusan untuk keluar dari BN dan membentuk GPS yang berteraskan kepada parti anak Sarawak selepas pilihan raya ke 14.

Contohnya, kerajaan negeri bersedia untuk membangunkan kawasan agropolitan seluas 809 hektar (2,000 ekar) dekat Sri Aman, Lingga atas permintaan kerajaan persekutuan supaya dapat membantu mengeluarkan bahan makanan dan industri.

"Kerajaan Persekutuan (Pakatan Harapan) telah menulis surat kepada saya melalui Tun Daim Zainuddin (Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penasihat Kerajaan) mengenai perkara berkenaan dan saya berkata 'sanggup'.

"Bermaknanya ada kesefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri… kita friendly lah walaupun daripada parti yang lain untuk rakyat kita bekerjasama," katanya pada majlis perasmian Fiesta Samariang di Kampung Lintang di Kuching, hari ini.

Abang Johari berkata GPS adalah satu saluran politik yang boleh mempertahankan hak orang Sarawak dalam persekutuan Malaysia mengikut parameter Perlembagaan Persekutuaan namun kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan amat penting.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa pembangunan di kawasan Samariang, termasuk Kampung Lintang, akan terus dilaksanakan melalui maklum balas yang diterima daripada masyarakat setempat.

Kerajaan Negeri harus mempunyai perhubungan mesra dan mantap dengan rakyat menerusi respon yang seimbang dengan sambutan daripada mereka seperti melaksanakan projek menaik taraf kawasan.

"Mengikut keadaan zaman yang sedang berubah, sudah tentu pendekatan kita untuk berhubung dengan rakyat agak berubah sedikit kerana rakyat telah mahir dan mempunyai kepakaran yang tertentu," katanya.


Turut hadir pada majlis itu, anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), termasuk Anggota Dewan Undangan Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Bandar Kuching Utara Abang Abdul Wahap Abang Julai. 

--BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget