Al-Qassam rampas ‘rahsia’ Israel



GAZA, 7 Jamadilawal 1440H, Ahad – Sayap bersenjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – Brigade Al-Qassam – merampas 'rahsia besar' Israel ketika operasi rejim itu yang gagal di Semenanjung Gaza pada November tahun lalu.

Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubayda berkata, kumpulan itu merampas peralatan dan peranti teknikal yang mengandungi rahsia besar rejim terbabit.

"Musuh (Israel) menganggap peralatan itu tidak dapat digunakan dan rosak.

"Maklumat yang kami peroleh daripada peralatan itu akan membantu kami menyusun strategi berdepan perang dengan Israel," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 11 November lalu, Brigade Al-Qassam mengumumkan mereka mengesan tentera rejim pengganas Israel yang menyusup ke Khan Younis di timur Semenanjung Gaza.

Tujuh warga Palestin dan seorang askar Israel terbunuh ketika penyamaran dan penyusupan itu. Kejadian itu diikuti dengan peningkatan serangan rejim Israel ke atas Gaza.

Ubayda berkata, operasi Israel di Khan Younis menyasarkan untuk meletakkan pepijat komunikasi bagi mendengar rangkaian perhubungan pejuang Palestin.

"Namun, rancangan Israel itu gagal walaupun menggunakan semua sistem dan kemudahan mereka. Oleh itu, kami memberi amaran kepada pengintip Israel supaya menyerah diri," katanya.

Selasa lalu, Kementerian Dalam Negeri di Gaza mengumumkan 45 warga Palestin ditangkap kerana disyaki bekerjasama dengan rejim Israel untuk menyusup masuk ke Khan Younis. – Agensi

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget