NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Takkan ada pilihan raya kerajaan tempatan, kata PM



Pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan diadakan kerana ia boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar, kata perdana menteri Dr Mahathir Mohamad."Tiada pilihan raya kerajaan tempatan.

"[...] Pilihan raya kerajaan tempatan boleh menyebabkan hasil yang salah. Bandar (kawasan) lain, kawasan luar bandar (kawasan) lain.

"Akan terdapat konflik, yang mungkin menyebabkan perbezaan kaum dan sebagainya. Kami tidak mahu perkara itu berlaku,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.

Turut hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Zuraida sebelum ini menjangkakan pilihan raya kerajaan tempatan akan diadakan dalam tempoh tiga tahun, apabila ekonomi negara kembali stabil.

Kumpulan masyarakat sivil dan NGO sebelum ini menggesa pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan. 

Isu itu juga merupakan topik utama perbincangan pada konvensyen hari ini.





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo