NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin PH: Jangan Cemarkan Kemuliaan Rasulullah S.A.W



Oleh: MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Firman Allah SWT:

Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠُŲ¤ْŲ°ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُ Ł„َŲ¹َŁ†َŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¢Ų®ِŲ±َŲ©ِ ŁˆَŲ£َŲ¹َŲÆَّ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØًŲ§ Ł…ُّŁ‡ِŁŠŁ†ًŲ§

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang hina. (Al-Ahzab:57)

1. Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah dan mempunyai khususiat yang tiada pada manusia lain. Baginda SAW menjadi teladan bagi seluruh manusia dalam semua aspek kehidupan sebagaimana firman Allah SWT:

Ł„Ł‚َŲÆْ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł„َŁƒُŁ…ْ ŁِŁŠ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£ُŲ³ْŁˆَŲ©ٌ Ų­َŲ³َŁ†َŲ©ٌ Ł„ِّŁ…َŁ† ŁƒَŲ§Ł†َ ŁŠَŲ±ْŲ¬ُŁˆ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁŠَŁˆْŁ…َ Ų§Ł„ْŲ¢Ų®ِŲ±َ ŁˆَŲ°َŁƒَŲ±َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzab: 21)

2. Menyandarkan perihal Nabi dengan perilaku yang tidak baik atau terdapat unsur-unsur negatif adalah termasuk dalam iza' atau menyakiti keperibadian baginda SAW. Imam Al-Maraghi dalam tafsirnya menyebut kiasan yang salah terhadap sifat Nabi juga termasuk dalam perkara iza' kepada baginda SAW. 

3. Apatah lagi dibawakan kiasan yang salah bahawa Nabi SAW pernah membuat janji untuk melaksanakan umrah dan kemudian tidak dapat tunaikan kerana dihalang lalu dibuat kiasan dengan kerajaan PH yang tidak dapat tunaikan manifesto akibat kekangan kewangan. Sekiranya pengkisahan sirah Nabi diputarbelitkan dengan sengaja maka ia termasuk dalam perkara mendustai Rasulullah SAW yang sangat besar ancamannya.

Nabi SAW bersabda:

Ł„Ų§َ ŲŖَŁƒْŲ°ِŲØُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠَّ، ŁَŲ„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł…َŁ†ْ ŁƒَŲ°َŲØَ Ų¹َŁ„َŁŠَّ ŁَŁ„ْŁŠَŁ„ِŲ¬ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±َ

Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

4. Pemimpin PH yang bercakap sebegitu hendaklah beristighfar dan menarik balik ungkapan tersebut yang boleh menjejaskan aqidah. Elakkan sebarang kekeliruan ditimbulkan dalam masyarakat khasnya dalam perkara yang melibatkan pegangan agama.  


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo