NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tidak bertanding di Cameron Highlands


PETALING JAYA: PAS hari ini mengumumkan ia tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) di Cameron Highlands yang dijadualkan pada 26 Januari depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau berharap keputusan PRK untuk kawasan Parlimen Cameron Highlands itu menyebelahi pembangkang.

"(Kemenangan) ini penting kerana untuk ada amalan demokrasi yang baik, proses semak dan imbang diperlukan dalam mana-mana pentadbiran kerajaan. Dengan kata lain, peranan pembangkang sangat penting," katanya.

Katanya, PAS juga telah putuskan akan menyokong calon pembangkang.

Sebelum itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun mengumumkan pilihan raya kecil di Cameron Highlands itu akan berlangsung pada 26 Januari depan.

Calon-Calon boleh fail surat penamaan calon pada 12 Januari depan. Tempoh kempen adalah dua minggu.

Bulan lepas, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Barisan Nasional di Kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu kerana mendapati wang digunakan dalam tempoh kempen PRU untuk membeli undi

C Sivarraajh, daripada MIC yang memenangi kerusi berkenaan berkata, beliau tidak akan mencabar keputusan mahkamah tersebut di Mahkamah Persekutuan, sebaliknya akan bertanding dalam PRK itu demi rakyat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo