NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menolak pemikiran liberal-sekular




Oleh: Dr Ahmad Sanusi Azmi 

1. ISLAM mendidik manusia mendekatkan diri dengan Allah. Ia mengikat hati manusia dengan Tuhan dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara kenegaraan dan pemerintahan. Amat menghairankan apabila ada muslim yang berjuang supaya ideologi sekular ini diterapkan dalam pemikiran manusia sedangkan secara konsepnya, ia jelas bercanggah dengan prinsip Islam.

2. Konsep sekular yang memisahkan agama daripada pemerintahan ini sudah lama ditolak oleh Islam. Dalam takrif pemerintahan Islam, al-Imam al-Mawardi, al-Juwaini, al-Iji, Ibn Khaldun, dan al-Nasafi seakan sebulat suara menegaskan, pemerintahan Islam adalah perkara yang membabitkan urusan mentadbir agama. Konsep ini masyhur dengan tema:

Ų­Ų±Ų§Ų³Ų© Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ³ŁŠŲ§Ų³Ų© Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ ŲØŁ‡

"(Pemerintahan Islam adalah bagi): Menjaga agama dan mentadbir dunia".

3. Antara sarjana Islam moden yang turut tegas dalam menolak konsep ini adalah Dr Yusuf al-Qardawi. Antara kesimpulan yang menarik yang diungkapkan oleh al-Qardawi berhubung sekularisme ini adalah:

"Sesungguhnya sekularisme ini lahir di bumi yang bukan dari kawasan muslim, dirangka untuk satu kaum yang bukan kaum muslim, dalam satu kondisi yang bukan kondisi umat Islam, untuk menyelesaikan masalah yang bukan berlaku ke atas umat Islam." (al-Qardawi, al-Tataruf al-Ilmani fi Muwajaha al-Islam, 236).

Oleh itu, melihat kepada asas kelahiran fahaman ini sahaja kita sudah tahu bahawa ianya muncul dari konteks yang berbeza dengan konteks umat Islam. Mengapa pula kita beriya untuk menanamkan ideologi sebegini dalam masyarakat kita?

4. Mufti Mesir, Dr Atiyyah Saqr ketika ditanya berhubung ideologi sekularisme ini menyatakan, lapan percanggahan antara fahaman sekularisme dengan prinsip Islam. Dengan itu, beliau tegas menyatakan Islam menolak konsep sekularisme. Kenyataan ini direkodkan di dalam Fatwa Dar al-Ifta al-Misriyyah pada Mei 1997.

5. Badan Fatwa Arab Saudi (al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta) yang diketuai Sheikh ben Baz pula menegaskan, ideologi yang memisahkan Islam dari kehidupan sebagai aliran yang batil boleh membawa kepada kekufuran.

6. Beberapa badan kajian Islam di Malaysia seperti Jakim turut meletakkan fahaman sekularisme ini sebagai sebahagian daripada ideologi liberisme yang difatwakan sesat oleh banyak institusi Islam di Malaysia.

7. Secara umumnya, pemikiran sekular ini ditolak oleh ramai sarjana terkemuka Islam. Mereka melihat Islam sebagai panduan terbaik dalam memimpin kehidupan manusia. Islam mengingatkan manusia bahawa mereka dijadikan adalah bagi mengabdikan diri kepada Allah, bukan kepada manusia, apatah lagi DAP.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi ialah Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo