NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memorandum Isu Felda; Isu dan Cadangan Penyelesaian

Kepada:

PEJABAT MENTERI DI UNIT PERANCANG EKONOMI
MENTERI HAL EHWAL EKONOMI
YANG BERHORMAT DATO SERI MOHAMED AZMIN ALI

Daripada:


PERTUBUHAN GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI)


Tarikh:
11 DISEMBER 2018

BAHAWASANYA kami mewakili NGO PERTUBUHAN GENERASI WARISAN KEBANGSAAN (GENERASI) yang berkhidmat dan cakna isu-isu FELDA serta yang berkait dengan kepentingan peneroka serta hak-haknya;

ADALAH kami dengan ini mengajukan kepada pihak Yang Berhormat Menteri satu memorandum berkait dengan Isu yang hangat diperkatakan dan menjadi topik utama bagi warga peneroka ketika ini iaitu berkaitan Kejatuhan Harga Sawit, Bayaran Hasil yang Lambat dan Menghapuskan Hutang-Hutang yang tidak munasabah peneroka seperti yang dijanjikan;

MAKA kami NGO GENERASI KEBANGSAAN mewakili warga peneroka FELDA menghantar memorandum ini sebagai tuntutan serta desakan kami kepada pihak kerajaan khasnya pihak Yang Berhormat Menteri untuk tindakan. 




LATAR BELAKANG


Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) yang ditubuhkan dan didaftarkan pada 22 September di bawah Akta Pertubuhan 1966 merupakan satu medium, platform dan alternatif baru untuk memperjuangkan isu-isu masyarakat khususnya rakyat negara ini dengan lebih efisien, sistematik, drastik dan jauh ke hadapan. 

GENERASI bertujuan mengangkat perjuangan berkaitan denyut nadi, kebajikan, derita, liku-liku hidup rakyat. Khususnya isu yang melingkari hal ehwal tanah Felda dan Felcra juga tanah adat, tanah orang asal, agensi kerajaan berkaitan tanah dan warisan serta isu-isu semasa membabitkan warisan sehingga ianya mencapai matlamat yang dicitakan.


ISU 


1-Kejatuhan harga sawit yang sangat kritikal.

2-Bayaran Hasil yang sangat lambat.

3-Penghapusan hutang Peneroka yang tidak munasabah.

PENYELESAIAN

Oleh yang demikian itu kami menggesa pihak Kerajaan,

Kami MENUNTUT pada pihak Kerajaan supaya ditetapkan harga lantai bagi setan sawit pada kadar RM350 pertan metrik.


Kami MENDESAK pada pihak Kerajaan supaya bayaran hasil dibayar 2 minggu sekali seperti sebelum ini dan ianya lebih selesa bagi peneroka;

Kami MERAYU pada pihak Kerajaan supaya Hutang Peneroka yang tidak munasabah dihapuskan seperti yang tertera dalam janji manifesto semasa PRU14 yang lalu.


PENUTUP

Akhir sekali, kami ingin menyeru dan mengajak anda untuk merenungi dan memahami nas al-Quran yang menjadi pegangan kami umat Islam dalam kaitan isu ini antaranya:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (surah al-Maidah:8)
Ayat ini menjadi tunjang keadilan yang berteraskan kepada islam dan tentunya ia menjadi panduan buat umat. Sesungguhnya kerajaan yang kekal hanyalah kerajaan Allah swt. 


Sekian, terima kasih.

“Memangkin Impian Generasi”


Yang menjalankan tugas,



USTAZ ROSLAN BIN MD ESA

Presiden
Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI)
+60133888286

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo