NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Media Penganjur Himpunan Aman Rakyat  Bantah ICERD : Terima Notis Kebenaran Adakan Himpunan Aman Oleh Polis Dan DBKL


1. Alhamdulillah, sebentar tadi Pihak Penganjur HIMPUNAN AMAN RAKYAT BANTAH ICERD telah dipanggil oleh Ipd Dang Wangi utk serahan notis kebenaran mengadakan himpunan 8 Disember nanti.

2. Notis kebenaran telah diserahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komissioner Shaharudin Abdullah.

3. Pihak polis telah memberikan komitmen untuk membantu pihak  penganjur dari sudut keselamatan agar himpunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan aman.

4. Pihak Penganjur  merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis atas komitmen tersebut dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan semua pihak untuk memastikan himpunan berjalan lancar.

5. Sehubungan dengan kebenaran rasmi ini, pihak penganjur menyeru semua rakyat Malaysia untuk hadir menyertai himpunan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur dan pihak berkuasa supaya himpunan berjalan dengan lancar.


Kamaruzaman Mohamad

Pengarah
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT)

26 Rabiul Awwal 1440H
04 Disember 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=268375840493618&id=136651590332711

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo