NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan ICERD: Maza puji Hadi



Wartawan Sinar Harian 
8 Disember 2018 

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Himpunan ICERD sebagai ucapan yang baik.

"Saya mendengar ucapan Presiden PAS di perhimpunan aman mengenai ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) tadi. Ia satu ucapan yang baik dan jelas.


"Tahniah. Semoga Allah memelihara keamanan dan jati diri negara ini," katanya dalam perkongsiannya di Facebook hari ini.

Abdul Hadi dalam ucapannya memberi amaran kepada Kerajaan PH supaya tidak membawa ICERD ke Parlimen untuk diluluskan



Katanya, jika perkara tersebut berlaku, pihaknya akan mengerahkan jutaan rakyat di jalan raya untuk menentangnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo