NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Didenda RM2000 dan 6 bulan penjara:Penangguhan Pelaksanaan Hukuman dibenarkan bagi kes Ustaz Adib



Jumaat, 16 November 2018:

Alhamdulillah...Segala puji- pujian hanya milik ALLAH SWT..

Kes perbicaraan Ustaz Adib telah hampir ke penghujung dan keputusan kes perbicaraan bagi pembelaan beliau pada hari ini telah pun diumumkan .Ustaz Adib sebelum ini diheret ke mahkamah kerana ibu bapa tidak berpuashati apabila anak mereka dirotan kerana enggan menunaikan solat Asar berjamaah di salah sebuah sekolah agama di Selangor


Ustaz Muhammad Adib Bin Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai *Ustaz Adib* telah dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan didenda RM2000. Walau bagaimana pun pihak mahkamah memutuskan bahawa penggantungan pelaksanaan hukuman penjara dibenarkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Seterusnya urusan pendokumentasian rayuan ke mahkamah tinggi terhadap keputusan bagi kes Ustaz Adib dibenarkan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.



Ustaz Adib diiringi peguambela yang cukup berdedikasi , Encik Khairul Amin Abdullah dan kedua ibu bapa ,isteri serta rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan moral pagi tadi .

Normala Sudirman selaku Presiden NGO Pendidik(Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan ) juga turut hadir bersama beberapa AJK Pendidik dan mengikuti perbicaraan kes Ustaz Adib bagi memberikan sokongan moral dan solidariti serta pembelaan kebajikan terhadap warga pendidik.



Turut hadir juga beberapa orang pengamal media dan wartawan dari pelbagai agensi untuk membuat liputan.

Ustaz Adib tetap tenang dan ceria meskipun ibu bapa dan isteri beliau tidak mampu menahan kesedihan dan menitiskan airmata apabila menerima keputusan ini selepas keluar dari mahkamah.


Normala ketika ditemui media berkata ,walaupun kecewa dengan apa pun keputusan yang diterima pada hari ini, Ustaz Adib tetap akan dianggap 'Wira Di Hati Pendidik' dan menghormati keputusan mahkamah pada hari ini.

Namun seluruh warga pendidik di Malaysia mengharapkan
agar kes rayuan Ustaz Adib di mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari nanti akan berpihak kepada Ustaz Adib .

Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) merakamkan jutaan terima kasih atas segala sokongan moral,sumbangan kewangan ,suntikan motivasi dan doa serta dorongan daripada semua pihak selama ini .
Hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat.

Semoga ada sinar baru dalam memartabatkan dunia profesionlisme perguruan serta penerapan nilai murni menghormati guru dalam persada pendidikan negara .

Teruskan berdoa
Pray For Ustaz Adib

Salam hormat:
Normala Sudirman
Presiden
Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik)
16 November 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo