PRK PD: Penyokong PAS, HARAPAN berkempen dekat pusat mengundi



PRK PD | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur keghairahan melampau penyokong PAS dan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berkumpul di luar pusat pengundian sambil merayu undi dan membawa logo parti masing-masing.

Teguran pengerusinya Azhar Azizan Harun itu hadir selepas lebih 50 penyokong kedua-dua parti kelihatan bertindak berkempen kepada orang ramai di luar Sekolah Kebangsaan Tanjong Kemang pagi tadi.

Ekoran kejadian itu Azhar mengarahkan pasukan penguatkuasa SPR menyuraikan penyokong terbabit.

"Saya mengarahkan pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya meminta mereka beredar dari situ dan berada sekurang-kurangnya 50 meter dari pintu masuk pusat mengundi.

"Mereka (penyokong) tidak dibenarkan berkempen atau memancing undi," katanya kepada Malaysiakini.

Mengikut peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tiada mana-mana pihak dibenarkan berkempen atau merayu undi pada hari pengundian.

Akta itu juga melarang sebarang paparan bahan kempen - termasuk logo parti dan nama calon - di kawasan 50 meter dari pusat pengundian.

Pagi tadi kira-kira 30 penyokong PAS yang berbaju hijau dilihat mengibar-ngibarkan bendera serta logo parti itu hanya kira-kira 30 meter dari pintu masuk pusat pengundian.


Mereka juga menjeritkan "Sokong bulan!" atau "Undi PAS" kepada orang ramai yang lalu.

Tidak jauh dari situ kira-kira 20 penyokong HARAPAN pula mengangkat bendera dengan sesetengah mereka memakai baju T dengan logo gabungan berkenaan atau PKR.

- Malaysia Kini



Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget