NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Ikatan Mahu KBS Bertanggungjawab


Dewan Pemuda IKATAN Malaysia hari ini menggesa kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya bertanggungjawab terhadap insiden tiga pemain futsal yang dipanah petir ketika menyertai perlawanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) peringkat kebangsaan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Sabtu, lalu.

Ketuanya, Shahir Adnan, berkata pihaknya menzahirkan rasa kecewa dengan keadaan yang berlaku kerana insiden itu terjadi di bawah kelolaan KBS dan mencetuskan beberapa persoalan yang harus dijawab.

Belau berkata, mengapa permainan dimulakan oleh pengadil walhal hujan dan petir sudah bermula dan jika benar, pihak KBS harus tegas dalam memastikan keselamatan pemain dengan menerapkan prosedur operasi standard (SOP) kepada pengadil dan pemain.

“Kenapakah perlawanan futsal dimainkan di padang terbuka? Tidakkah Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat futsal yang kondusif dan selamat mengikut standard FIFA.

“Kenapakah perlawanan diteruskan ke peringkat seterusnya disaat seorang pemain masih kritikal dan bertarung nyawa? Memandangkan kecederaan kritikal atau kematian atas padang bukanlah perkara biasa yang kita boleh lupakan sebegitu sahaja, menyebabkan pemain-pemain trauma dan hilang kekuatan mental untuk terus bermain. Seharusnya, pihak penganjur menunjukkan solidariti dan membatalkan atau menunda perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Kenapakah YB Menteri hanya datang melawat mangsa-mangsa sehari selepas kejadian, walhal mangsa berada dalam keadaan kritikal dan terbabit dalam insiden yang dianjurkan di bawah KBS semperna Hari Sukan Negara? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa pihak KBS menjaga kebajikan keluarga mangsa dengan diberikan seorang pegawai yang khusus untuk memudah-cara kebajikan keluarga mangsa sehingga mangsa stabil,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Sementara itu Shahir berkata, Pemuda IKATAN juga menggesa pihak KBS untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku.

Ia penting bagi memastikan program Hari Sukan Negara pada tahun hadapan tidak mengundang sebarang kecelakaan yang boleh menjejaskan keselamatan semua pemain. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo