NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kongres Muafakat Angkat Peranan NGO Terengganu


KUALA TERENGGANU, 17 Oktober - Kongres Muafakat NGO yang diadakan pada hari ini mengangkat peranan Badan Bukan Kerajaan di negeri Terengganu menjadi rakan kongsi kepada kerajaan yang boleh menyumbang untuk kesejahteraan rakyat.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan ingin menjadikan negeri maju, berkat dan sejahtera.

"Gerakan NGO atau pertubuhan kerajaan di mana-mana negara adalah penting, ia merupakan suara hati rakyat, ia merupakan gerakan yang diiktiraf sebagai sebahagian hak asasi manusia (human right)," jelasnya .

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres muafakat NGO Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman pada hari ini.


Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Belia , Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengarah Urusetia UBSNT
Encik Nasir Abd Razak dan Speaker Kongres Muafakat NGO 2019, Wan Zainuddin Wan Musa.

Menurutnya, sesebuah kerajaan mahu melihat rakyatnya hidup dalam suasana aman, sihat, sejahtera, makmur serta keselamatan yang terjamin.

"Untuk mencapai matlamat ini (NGO)  tidak seharusnya diserahkan bulat-bulat kepada pihak kerajaan.

"Kita sudah begitu banyak bercakap soal masalah dan cabaran, tetapi yang lebih penting sekarang ialah kita perlu mendepani diri kita sebagai pejuang ngo membantu menyelesaikan isu-isu," ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap, program tersebut mestilah ada halatuju yang jelas,  resolusi yang mahu dicapai dan mesti ada suatu jawatankuasa bertindak bagi memantau resolusi yang diputuskan sehingga ia menjadi realiti.



from Teganukita.net https://ift.tt/31jVX5f

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo