NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Masih Di Dalam Malaysia.


Oleh: Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
24/10/18

Negeri Kelantan masih di dalam Malaysia. Bukan sebuah republik Kelantan, yang mempunyai autonomi sendiri. Kelantan masih menghormati konsep Federalisme. Kerajaan Kelantan tidak buat imigresen untuk negeri lain hendak masuk Kelantan.

Sebab itu hasil yang dipungut daripada bumi Kelantan seperti bayaran pastport antarabangsa RM200 setiap lima tahun yang hendak ke umrah dan luar negara, cukai airport , road tax, saman JPJ, polis, cukai kastam, setem, SST, cukai pendapatan dan berbagai cukai diambil oleh kerajaan Pusat. Begitu juga hasil minyak dan gas dimasuk dalam kantong pusat. 

Kelantan faham konsep federalisme, ada hak negeri dan ada hak pusat. Cuma Kelantan minta haknya sahaja. Kalau pun Kelantan susah, apa salahnya kerajaan pusat bantu. Tinggallah mentaliti pembangkang, dan angkuh dengan kuasa, jadilah Menteri Kewangan yang berwibawa untuk membangunkan negara dan rakyat. Jangan hanya slogan Malaysia Baru tetapi mentaliti lapok.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo