Tidak Timbul Isu Bergabung Dengan Umno - Presiden PAS


Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Sidang Media Presiden PAS yang berlangsung selepas upacara perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64 hangat dengan soalan pengamal media berkenaan isu kerjasama PAS pasca PRU-14.

Ketika ditanya adakah sudah ada usaha PAS bergabung dengan UMNO, Tuan Guru menegaskan bahawa pendirian parti tidak pernah berubah; tidak bergabung dengan UMNO.

“Masalah bergabung tidak timbul, buat masa ini kita dahulukan kerjasama antara dua parti ini dan dengan mana-mana parti politik.

“Ini bukan kali pertama PAS berkerjasama, PAS pernah menyokong ISA untuk tujuan menangkap komunis ketika itu tetapi dengan syarat jangan menyalah guna ISA, ini yang pernah berlaku kerjasama antara kita sebagai pembangkang dengan kerajaan.”

“Selepas peristiwa 13 Mei, ketika ingin membentuk perpaduan rakyat, kita pernah berkerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan syarat-syarat yang PAS tetapkan iaitu tidak melanggar dasar PAS, dan UMNO terima syarat tersebut waktu itu pada zaman Allayarham Tun Abdul Razak.

“Kita juga pernah terlibat sewaktu penubuhan Barisan Nasional (BN) selepas dibubarnya parti perikatan dan PAS merupakan salah satu komponen BN. Dan, kita berjaya menyebarkan kefahaman kita di kementerian-kementerian, jabatan kerajaan dan pusat pengajian tinggi. Kesannya, kita sempat menukarkan pegawai-pegawai British dengan pegawai-pegawai yang sempat bersama kita pada tahun 70-an” ujar beliau.

Ini membuktikan bahawa PAS pernah berkerjasama bersama kerajaan dan pembangkang untuk kepentingan umat dan Islam.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget