NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pimpinan DAP mesti utamakan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Urusan Rasmi



Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) menyokong titah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menegur tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP.

"Seharusnya segala urusan atau apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu selaras dengan statusnya sebagai bahasa rasmi negara"kata Presidennya ,Normala Sudirman .

“ Urusan surat menyurat yang membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mestilah dalam Bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat".

Baginda bertitah demikian ekoran sikap dan tindakan seorang Ahli Majlis MBIP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog dan ia turut viral dalam laman media sosial.

"Sepatutnya Bahasa Melayu mestilah dihormati dan sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT yang digunapakai sejak dahulu di Johor mestilah menggunakan bahasa rasmi negara tanpa sebarang kompromi berkaitan pemakluman dalam dwibahasa.

“Semoga peristiwa ini tidak akan berulang lagi kerana situasi ini akan menyebabkan Sultan yang merupakan payung bagi negara akan murka",tegasnya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo