NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAPPIM: Letak jawatan Menteri Pendidikan atau Presiden UIA



MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) bersama gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mencadangkan kepada Dr Maszlee Malik supaya membuat pilihan sama ada meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, sekiranya mahu dilantik sebagai Presiden UIAM atau pun sebaliknya.

"Nampak sangat Menteri Pendidikan hilang tumpuan, fokus dan bercelaru dalam hal berkaitan pendidikan".

Sepatutnya beliau lebih menumpukan fokus dan kerjanya di KPM dan Pengajian Tinggi bagi memperkasakan mutu dan taraf pendidikan negara serta mengangkat martabat Pendidikan Tinggi setaraf negara maju secara keseluruhannya bukan dengan menjadi Presiden UIAM sahaja.

Mappim dan Ummah juga berharap Dr Maszlee segera melepaskan jawatan tersebut dan mencadangkan agar seorang tokoh dan pakar dalam bidang Pendidikan Tinggi dilantik ke jawatan tersebut.

Sepatutnya beliau meninggalkan budaya Umno dan tidak terikut-ikut dengan gaya pemerintahan Kerajaan BN serta menjadikan alasan kepada amalan kerajaan terdahulu.

Sekarang kerajaan baru dan era baru, budaya baru yang lebih berintegriti dan profesional. Segala tindakan mestilah mencerminkan keyakinan dan keupayaan yang tinggi Kerajaan PH untuk membuat perubahan yang lebih baik.

Menteri Pendidikan mesti membuktikan beliau berupaya dan mampu membawa perubahan yang lebih baik berbanding Kerajaan BN dan juga bukan meniru apa yang Kerajaan BN telah buat.

MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif
MAPPIM
Ahli Jawatankuasa 
UMMAH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo