NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laksana semua manifesto, Kerajaan PH akan rugi besar


PETALING JAYA - "Sekiranya semua janji dalam manifesto PH dilaksanakan, kita mungkin alami kerugian agak besar," kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, sebahagian daripada janji manifesto berkenaan menimbulkan banyak masalah dan memerlukan kajian semula.

Menurutnya, semasa janji manifesto berkenaan dibuat, PH percaya akan kalah.

"... tapi sekarang kita menang jadi sekatan-sekatan itu terkena kepada kita. Sebab itu kita kena buat kajian semula.

"Bagaimanapun, kita ambil perhatian reaksi orang ramai dalam media sosial dan mengambil perhatian mengenai perkara ini," katanya semasa sidang media Bersatu di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo