NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemenangan Islam Mesti Berasaskan Syariat


‘Aisyaa Yamin

Kuala Terengganu, 13 September : Perjuangan PAS dalam percaturan politik bukanlah sekadar mendapatkan kemenangan berdasarkan bilangan kerusi yang banyak sahaja bahkan, aspek yang lebih utama sekali ialan PAS menerajui kemenangan berpandukan syariat.

Sekalipun begitu, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed menjelaskan lagi, ia tidak bermaksud PAS tidak merancang kemenangan dengan serius.

“Kerap juga kita bertegas untuk ke Putrajaya demi melaksanakan syariat Islam, tapi PAS tidak gopoh untuk menang sebaliknya konsisten dengan matlamat dan prinsip.”

Katanya lagi, PAS tidak mahu kemenangan parti itu hanya menggantikan kulit sahaja namun isinya tetap sama.

“ Kita mahu menggantikan dasar kerajaan sekali yang yang meletakkan ketertinggian Islam dalam perlembagaan.

Dalam ucapatama tersebut juga, beliau turut menyeru para ulama, agar dengan tempoh masa yang ada, turut sama menyediakan pelan atau kerangka model pentadbiran Islam dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan seperti ekonomi, perundangan, pelancongan, pendidikan dan sebagainya sebagai persiapan awal bagi menerajui kemenagan berasaskan syariat seperti yang dicita-citakan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo