NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Virus Babi Di China Mungkin Merebak Seluruh Asia


WABAK penyakit babi Afrika di China mungkin akan merebak ke bahagian lain Asia, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) hari ini, ketika negara pengeluar babi terbesar dunia itu berusaha mengawal penyakit itu.

China telah menghapuskan lebih daripada 24,000 ekor babi di empat wilayah untuk menyekat penyakit itu tersebar, kata FAO dalam satu kenyataan.

Laporan pertama wabak ini dilaporkan pada Ogos lalu.

Menurut FAO, kes penyakit ini telah dikesan di kawasan berjarak lebih daripada 1,000km antara satu sama lain, bermakna penyakit ini boleh merebak merentasi sempadan negara.

“Virus merbahaya dari babi ini boleh merebak ke negara lain di Asia bila-bila masa,” kata FAO.

Menurut FAO lagi, penyebaran virus ini di kawasan-kawasan berbeza dari segi geografi telah meningkatkan kebimbangan bahawa penyakit ini akan merebak negara-negara jiran di Asia Tenggara atau Semenanjung Korea di mana perdagangan dan penggunaan daging babi juga tinggi.

Kes pertama di China dilaporkan di wilayah Liaoning di timur laut awal bulan ini.

Minggu lalu, bandar Lianyungang di timur China mengumumkan yang 14,500 ekor babi telah dimusnahkan dalam usaha mengawal penyebaran penyakit ini.

“Pergerakan produk babi boleh menyebarkan penyakit dengan pantas, seperti dalam kes penyakit babi Afrika ini, dan kemungkinan pergerakan produk tersebut dan bukan babi hidup yang menyebabkan penyebaran virus di kawasan lain China,” kata Juan Lubroth, ketua perubatan haiwan FAO.

Penyakit babi Afrika ini tidak berbahaya kepada manusia tetapi menyebabkan demam berdarah pada haiwan babi ternakan dan babi hutan yang hampir pasti mengakibatkan kematian dalam masa beberapa hari.

Tidak ada antidote atau vaksin untuk penyakit ini dan cara yang diketahui untuk mengelak penyebaran ialah dengan memusnahkan babi yang dijangkiti.

Sekitar separuh daripada ternakan babi di dunia didapati di China, dan penduduk China ialah pengguna terbesar daging babi per kapita, menurut FAO. – AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo