NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UIAM: Prof. Dr. Dzulkifli dilantik rektor baharu


PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu, berkuatkuasa 1 Ogos lepas.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata Dzukifli menggantikan Datuk Dr Zaleha Kamarudin yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 31 Julai lepas.

"Kementerian Pendidikan percaya dengan pengalaman serta daya kepimpinan yang beliau miliki, beliau mampu untuk mentadbir UIAM dengan cemerlang seterusnya menjadikan universiti itu sebagai pusat rujukan bidang ilmu Islam seluruh dunia," menurut kenyataan itu.

Dzukifli yang merupakan bekas naib canselor Universiti Sains Malaysia (USM) selama 11 tahun, mempunyai pengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pendidikan tinggi di dalam mahupun di luar negara.

Kepimpinan beliau terserlah apabila berjaya menjadikan USM sebagai universiti awam yang pertama berstatus APEX (Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan). -- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo